TABUNG MASJID TINGKAT EKONOMI UMATπŸ•Œ


Tengah sedap dengar khutbah Jumaat hari ini tentang Ramadhan yang bakal tiba, sampai depan saya tabung kebajikan bergerak untuk masjid. 

Saya tak masukkan duit sebab saya takde cash tadi. Tak ingat nak withdraw. Tapi orang selepas saya dia masukkan RM5, lepas beliau pun sama RM5. 

Situasi ni bukan berlaku minggu ni je, semua orang tahu ini rutin mingguan masjid. Bahkan orang yang pergi masjid hari-hari pun ada bagi sumbangan. Boleh dikatakan sumbangan pada masjid 24/7. 

Situasi ni buatkan saya terfikir. Dari dulu lagi sebenarnya. Dengan sumbangan yang macam ni pada setiap masjid, masakan umat Islam di negara ini boleh jatuh fakir miskin papa kedana? 

Tak mungkin. 

Jujurnya, saya tak tahu secara menyeluruh penggunaan duit sumbangan masjid. Cuma untuk bayar bil, selenggara dan sebagainya itu je lah. 

Dan most of the time sumbangan digunakan untuk buat program keagamaan, ceramah, majlis berbuka puasa dan kadang-kadang untuk bina satu lagi masjid yang lain.

Usaha yang tak pernah dinafikan sangat bagus. Bimbing orang kita lebih dekat dengan agama. Wajib diteruskan dan disokong!

Ada juga masjid yang sediakan peti khas yang diisi dengan pelbagai makanan wakaf untuk orang kelaparan ambil & makan. Tolak tepi warga asing dan para pelajar. Kita akan tengok muka sama saja yang ambil makanan (beras, roti, tepung etc.) dari peti derma makanan masjid. 

Kenapa?

Nasib mereka tak berubah ke dari dulu? Atau mereka sudah terima takdir sebagai orang miskin dan hanya layak hidup atas belas sumbangan dari orang lain? Mereka muslim. Kalau tidak tak ke masjid. 

Masjid adalah satu institusi yang jujur. Pada pendapat saya, masjid yang sedia ada di negara kita sudah gah. Lampu mewah, aircond lagi! Penapis air pun ada (selit sikit). 

Tak usah lah digunakan duit sumbangan tu untuk naiktaraf/besarkan masjid lagi kecuali perlu. 

Lebihan duit dari bayar komitmen masjid & program  agama bulanan tu, apa kata invest untuk program naiktaraf ekonomi umat Islam? Buat program seperti: 

1. Cara untuk menjadi petani moden islamik yang berjaya.
2. Buat kursus untuk ajar orang Islam yang miskin supaya tidak terjebak dengan riba dan hutang.
3. Buat talk cara buat sales yang berjaya dalam Islam.

Dan sebagainya. 

Layakkan dan galakkan orang yang bertaraf miskin untuk turut serta dalam program seperti ini. Kita bina jati diri dahulu, bagi joran untuk mereka memancing. Kesan bila mereka berjaya, ekonomi umat kita akan meningkat. 

Orang susah tidak pernah lupa. Mereka berjaya, mereka tolong orang lain. Sediakan peluang pekerjaan untuk orang kita. Siapa nak tolong umat ni kalau bukan orang Islam sendiri? 

Bila proses ini berterusan, saya yakin kita boleh sasarkan pengurangan golongan miskin di negara kita. 

Kenapa penting sangat ke jadi kaya? Penting untuk menguatkan umat Islam. Allah suka hambanya yang kaya dan membantu Muslim yang lain daripada yang miskin tetapi asyik meminta. 

Meminta hanya kepada Allah. 

Conclusion? 

If masjid-masjid besar tahu how to utilize the donations untuk kebajikan orang kita, saya yakin 100% kita dapat lahirkan umat Islam yang berdikari dan produktif. 

Akhir kata, maafkan pandangan dan cadangan saya yang lemah. Tetapi saya tidak suka melihat orang miskin menerima nasib mereka seolah-olah Allah lahirkan mereka ke dunia ini tanpa sebarang POTENSI untuk maju. 

Assalamualaikum.

Ikhwan Abdullah NE074524
Ejen Cuckoo Anda

Comments

Popular posts from this blog

JEPUN MINUM AIR PAIP?πŸ•Š

π“π€πŠ ππ€πŠ ππ„π‘π†πˆ 𝐉𝐀𝐔𝐇 πƒπ€π‹π€πŒ 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒? π‰πŽπŒ 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„π‘πŠπ€π‘π€ 𝐈𝐍𝐈

Cuckoo: Modul Bisnes Tanpa Modal Terbaik!