Game Up 皆さん!

Team kita harus *Game-Up!*



Saya percaya kita sudah kenalkan diri sebagai NE kat public. Now, it’s time for us to be serious dalam Cuckoo. 😁

Ada orang buat setahun baru boleh dapat 5 nett sales. Ada yang buat 10 bulan dapat 10 nett. Ada yang 6 bulan buat asyik tak capai target. Ada yang hebat, 3 bulan boleh buat 60 nett sales!

Memang bergantung pada rezeki, tapi ingat. Rezeki mengikut apa yang kita usahakan. 

Yang penting ialah, terus buat. Jangan STOP. Sebab bila kita buat, kita akan jumpa sistem kita. Dari situ, kita plan strategy kita. 

Bad things if well-planned will turn out well.

Apatah lagi if kita yang jual Cuckoo yang menjadi keperluan pada kehidupan masa kini yang makin sibuk kan? InsyaAllah, Allah bukakan jalan untuk kita. Terus yakin!

Okay, done membebel. 

Nak share tips sikit sebenarnya. Sebab platform kita menjual ialah di FB, IG etc. So kita ada 24/7 untuk buka kedai kita! Hebat betul kan media sosial sekarang ni. Jom kita lebih bijak menjadikan FB sebagai medan kita berperang dalam bisnes!

1. Add friend sampai 5000 orang. 

Pilih orang yang mampu menjadi potential buyer kita. So, dalam case Cuckoo, saya lihat ramai para cikgu, orang berumur 25-45 suka membeli. Jadi, add golongan sedemikian. 

2. Turn on followers mode di FB. 

Bila friendlist kita dah cecah 5k, untuk orang lain dapat newsfeed kita, mereka tak boleh add kita. Tapi, bila kita on followers mode, mereka boleh jadi followers kita. Secara automatik, kita dah jadi influencer kan! 

3. Post Hard Sales hari-hari.

Hard sales penting sangat. Untuk audience kita tahu kita jual apa. Secara tak langsung membina integriti kita sebagai penjual. 

4. Soft sales jangan dilupakan.

Kaitkan aktiviti, pengalaman, kejadian semasa atau lepas dengan produk jualan kita. Contohnya, kita pergi bersukan, di posting kita tulis “alangkah best if ada mesin Cuckoo kat court ni” . Menunjukkan passion kita terhadap produk kita. Ini penting sebab akan menimbulkan perasaan ingin tahu audience & mereka akan cenderung untuk membeli. Yang untung? Kita jugak kan. Komisyen tinggi woo💰

5. Post jualan dalam 100 group sehari.

Okay. Tips ini sangat penting. Jangan lupa post jualan di group. Banyak group. Deko rumah, DIY rumah, group kucing, group kawasan tempatan, group jualbeli dan lain-lain. Kita kembangkan sayap kita reach audience di luar kawasan FB kita dengan post di group. 

6. The-Do-Something.

Bila sudah post jualan, post jugak tentang kehidupan kita. Biar FB kita nampak hidup. Bukan hanya untuk menjual. Ini untuk orang nampak kita ini manusia bukan robot atau hamba Cuckoo. Post tentang Makanan sangat mendapat sambutan. Yelah, takkan nak post kita selfie je setiap hari kan? Inspirasi, motivasi, plan kita, holiday, jangan lupa post. Tulis bagi panjang sikit. Supaya kita menarik minat orang membaca. If tak tahu sangat nak post apa, post je apa-apa pun. Huhu.

7. Interaksi dengan audience.

Jangan syok sendiri. Berinteraksi dengan audience juga. Friend FB bagi salam dalam posting mereka, jawab salam. Simple tapi menunjukkan kita sedang berinteraksi. Mereka post makanan, komen sikit “wow sedapnya😍”. Kan menarik macam tu!

8. Cantikkan FB profile kita. 

Di profile kita, tulis dan public kan details background kita. Jangan tulis “Work at Makan Tidur Sdn. Bhd.” Tulis betul-betul. Kita serius menjual. Bukan main-main okay!

Okay, itu sahaja buat masa ini. Saya mahu melahirkan leaders. Jadi saya praktis kan diri saya menjadi leader. 

Percaya lah dalam Cuckoo, kita boleh pergi jauh. Kalau tak nak pangkat, target komisyen kaw-kaw. 

Tips ada banyak, semua boleh hadam. Tapi kalau tak mampu execute dengan bagus, tips hanya tinggal tips! 

Renungkan semua ya! Saya doakan kita semua berjaya💪

Team kita hebat!

Comments

Popular posts from this blog

JEPUN MINUM AIR PAIP?🕊

𝐓𝐀𝐊 𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐉𝐀𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒? 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐈

Cuckoo: Modul Bisnes Tanpa Modal Terbaik!