Berniaga Tapi Rela Rugi?
Kebelakangan ini, ramai mahu cuba bisnes. Ramai usahawan muda terlahir. Ekonomi tak menentu. Jadi semua mahu cuba tuah dalam bisnes. Bisnes kita bina secara slow-slow. Cepat naik, cepat jatuh.
Fenomena yang dapat kita lihat ialah: Buang harga kaw-kaw!
πΈAmbil stok RM 80, jual RM 90 - βOkay lah tu, untung sepuluh ringgitβ
Padahal drive 2 jam dari Shah Alam sampai Melaka. Semata-mata ambil stok. Isi minyak kuning RM 50, tol lagi busuk-busuk RM 40 ulang alik. Tak kira lagi tol kecik-kecik rentas daerah.
Belum kira soal tenaga, makan minum sepanjang perjalanan lagi.
Untung RM10 kau cakap okay?π€¦π»ββοΈ
πΈBeli kamera siap full set dengan aksesori semua. Pergi kelas bayar RM1k belajar photoshoot untuk wedding dan lain-lain.
Pakej harga kau? RM900.
Job memang masuk, tapi mana dana kau untuk invest dalam marketing, invest untuk pergi kelas level lebih tinggi? Kualiti gambar takat tu saja nanti.
π₯¨Modal buat kuih RM 8 satu balang, jual RM 10 - βSyukur Alhamdulillah untung jugak sikitβ
Aduh! Jangan begitu.
Pergi Giant, kena minyak. Beli barang, angkat barang, siapkan barang. Uli kuih, bakar kuih. Buat stiker, tampal stiker. Beli tape, beli balang. Semua ni kos! Kos duit, kos tenaga, kos masa. Ambil kira. Itulah modal bosku.
π΅Cash On Delivery - COD (FREE)
Memang saya akui, COD percuma merupakan salah satu bentuk marketing. Tapi, kalau produk yang kau jual pun dah murah, COD 30 km pun tak cas, pendek kata duit tak boleh nak rolling. Makin rugi ada lah. Siapa nak tanggung tol & minyak?
COD pun kita cas secara berpatutan. Tak melebih. Tengok lah runner makanan. FoodPanda. COD pun bisnes. Jangan kita asingkan.
Kalau tak nak COD, open Self Pick-Up! Hanya customer yang sanggup bayar COD sahaja, kita deal. Jangan risau, barang berkualiti, COD mahal pun orang nak.
πΎSifu saya cakap.
Jual barang harga RM100, sama susah nya dengan jual barang harga RM10. Jadi, pilih lah produk premium.
πBarang elok, servis boek, orang datang bro.
Meniaga biarlah ada untung. Kalau meniaga untuk buat amal, itu saya tak tahu lah. Bukan konteks ini saya cakap.
Besar implikasi buang harga ni.
Secara tak langsung, market harga barang jatuh. Jadi semua pakat berlumba buang harga.
Nak buang harga, kena korban kualiti.
Customer datang, tapi mana puas hati?
Jangan cari lelah untuk dapat rugi.
Lelah biar bawak tuah.
Percayalah.
Strategi menjual bukan 100% pada harga.
Comments
Post a Comment