Birthday Surpise For Her @ Subak Restaurant, Kuala Lumpur


15 September 2018

This day is a very special day for me & my wife. It’s her birthday! So, I was planning a surprise candle light dinner for us two. The place that I’m going to go for must be a romantic one. Dimmed-light with sounds of flowing water and the chirping birds etc. πŸ™ˆ


Cari punya cari, last sekali jumpa jugak tempat yang saya nak! Huhu. It is Subak Restaurant. 

Memang Subak ini sangat best, romantik dan menenangkan. Konsep restoran ini ala-ala ‘Dine in the Forest’ lah. Memang penuh dengan kehijauan. Jadi mesti ada yang terfikir pasal nyamuk kan. Sebab ada antara kita yang ‘darah manis’ so nyamuk suka gigit😝 saya lah tu!

Tapi kat Subak ni, mereka pasang lilin yang wangi di sekitar restoran. Dekat meja makan pun banyak lilin-lilin tu. Selain bau yang calming, benda ni boleh halau nyamuk. Jadi memang takde masalah nyamuk. Tenang saja🌹



Nak dijadikan cerita, hari yang sama birthday wife saya tu, dia ada event company dekat MITEC. Jadi, saya memang suka buat-buat tak ingat tarikh birthday dia. 
Tapi saya kuat merasakan dia dah dapat baca taktik hambar saya tuπŸ˜… Takpelah asalkan saya usaha buat isteri saya bahagia kan! Isteri kan magnet rezeki. So, happy-happy kan lah mereka. 
Memang permintaan mereka selalu mengarut, dan pelik-pelik. Ops, marah kaum hawa nanti! πŸ˜‚
Okay, so berbalik kepada cerita Subak Restaurant. 








Menu yang ditawarkan basically western food. Saya order NZ Lamb Shank, wife saya Chicken Boneless Leg. Air yang saya order ialah Soda Sirap Bandung Selasih, manakala wife saya pula dengan favourite nya Fresh Orange. 
Harga makanan di sini agak mahal tapi still affordable lah. Sekali sekala kan, apa salahnya! 


Tapi sebenarnya dekat sini pun ada makanan selain western, iaitu Asian Favourites. Kita boleh order full course (starter, main, dessert). Tapi saya hanya order main sahaja. Bajet pun kena lah jaga kan πŸ˜‰ 
Tapi suatu hari nanti, saya teringin nak order full course di sini sebab makanan kat Subak ni memang superb! Doakan saya murah rezeki ya!

Untuk candle light surprise dinner pulak, ada beberapa pakej. Of course lah saya ambil pakej paling murah, time tu ada promosi hanya RM90 satu table untuk couple. Walaupun paling murah, dia punya cantik meja memang puas hati! Thumbs up Subak πŸ‘ ! Saya request extra belon & one slice of cake. Tapi rasa nya cake tu datang dengan set meja. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1euon0PlZtQ_MIE4bRejuQSQcZpY59goE

Haa, ini lah meja kami tu! Cantik gila kan! Dengan kelopak bunga bertaburan sana sini, memang berbunga-bunga lah hati kami masa tu😝 
Lepas tu, time pekerja Subak bawak cake tu ke meja kami, mereka turut nyanyikan lagu happy birthday tau! Kita tak payah request. Itu memang servis Subak.
 Plus, memang pekerja Subak akan selalu offer diri untuk snap gambar kita. So, takde rasa awkward langsung! Memang rasa macam kita King & Queen lah! 

So, for those yang tengah cari tempat untuk buat candle light dinner yang romantik dan makan yang sedap, sila lah buat dekat Subak ni. Sangat-sangat recommended! 

Bawah ni ialah nombor telefon untuk berhubung untuk tempahan Subak Restaurant.

Subak - 0176937075

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1frTqTUEYdJYg23cuQCrUJG_IqfVb20kn

Selamat mencuba! 



Comments

  1. Candles are a classic gift for any occasion, and Surprise Candles candles are a unique twist on this popular gift. These candles come with a hidden piece of jewellery inside, making them the perfect present for anyone who loves surprises. Whether you're looking for a birthday, anniversary, or just because gift, surprise jewellery candles are sure to please.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JEPUN MINUM AIR PAIP?πŸ•Š

π“π€πŠ ππ€πŠ ππ„π‘π†πˆ 𝐉𝐀𝐔𝐇 πƒπ€π‹π€πŒ 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒? π‰πŽπŒ 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„π‘πŠπ€π‘π€ 𝐈𝐍𝐈