Fall 7 Times, Get Up 8! 七転び八起き💪


“Mu menganggur ke iku?Nampak dari dulu je meniaga?”

Saya kerja bro. Kerja tetap di kantor 8-5. Stay Shah Alam kerja di Cyberjaya. Bonceng Laici biru hari-hari ulang-alik naik MEX sebab sebelum pergi Cyberjaya, hantar wife dulu ke Damansara (tempat kerja dia). Saya spend masa atas motor pergi dan balik lebih dua jam.


Tapi saya tak boleh duduk diam. Hati ni tak tenang selagi jalan untuk saya capai apa yang saya nak belum terbuka. Saya nak tolong orang. Saya nak orang kita hebat. Tapi saya belum hebat. Cuma saya pasti saya di landasan yang betul. 

Saya ada impian. Impian saya BESAR. Bukan takat banyak duit, bukan hanya nak rumah besar, kereta mewah. Itu semua orang bole capai. I want to set example. I want to educate people. That’s my biggest dream.

Di Jepun 5 Tahun 🇯🇵 

Dulu masa tahun terakhir di universiti, saya mula meniaga secara serius. Dalam masa yang sama, saya buat banyak kerja part time (アルバイト). Kitchen staff di Mister Donut, operator di kilang buat mobile phone, operator di kilang proses & packaging makanan, staff di stesen minyak Eneos & pemunggah barang-barang pos ke dalam trak pos Yamato Kuroneko. 



Oh lupa, saya tinggal di Hokkaido selama 5 tahun. Best, tempat sejuk bersalji 6 bulan. Kawasan kampung. Bukan bandar. Saya orang kampung. I prefer real forest more than the concrete one.

2016 di awal musim bunga (spring), saya pernah bekerja dengan pak cik Jepun, Oya-kata(親方) Nakamura-san dan isteri beliau di ladang sayur. Time tu, kami tanam beetroot (BM: ubi bit), sejenis ubi yang manis untuk diproses buat gula. Kami bertiga sahaja di ladang dan greenhouse yang besar. Gaji 9000 yen sehari. Musim luruh kami tuai. Bahagia tengok hasil yang ditanam besar dengan jayanya.

Dan musim luruh pula dengan Oyakata (tuan ladang) yang sama, kami tuai bawang holland (kot) yang kecil, orang Jepun slice nipis-nipis buat salad. Sedap! Tapi kali ini dengan ramai makcik-makcik Jepun. Semua peramah dan baik. Alhamdulillah.

Saya cuba pelbagai kerja sebab saya nak earn many skillsets dengan budaya kerja terbaik di dunia, Jepun. Ya, walaupun hanya kerja ladang, adab & budaya kerja itu sangat terkehadapan. No wonder Jepun maju. Terima kasih Allah bagi saya peluang itu.

Bisnes? Saya jual jam getah je di Jepun. G-Shock. Original punya. Ramai yang beli sebab orang Malaysia kita memang suka barang Jepun yang ori! Di tangan saya itu lah satu-satu nya G-Shock yang saya pakai dari dulu. Nak pakai Frogman tak lepas, tangan kecik sangat😅 Tapi dengan bisnes G-Shock ini saya kenal dunia luar. Macam-macam jenis orang, seller mahupun buyer. Untung banyak, rugi pun ada. Masa rugi, banyak saya belajar. Tapi alhamdulillah, ramai support saya meniaga. Terima kasih semua peminat G-Shock! 

Di Jepun juga, saya jual kasut Adidas Original, terutamanya NMD waktu itu. Saya gila kan kasut Adidas. Kualiti terbaik, mahal pun orang berebut nak bayar. Buat hantaran kahwin pun ada. 

Sebab itu untuk Projek Kuih Raya 2019 ini, saya sangat jaga kualiti! Saya monitor semua dari pembuatan, proses masak & packaging. Trust us in Quality!

Jual helmet dan mesin mengail ada lah sebiji dua. Saya kurang mahir dan kurang minat. Jadi saya off. 
Saya buat apa yang boleh lahirkan PASSION sahaja.

Back For Good, Malaysia 🇲🇾 

Balik ke tanah air 2017, saya cuba sambung bisnes saya. Saya ambil banyak kasut Adidas dan Nike serta jam G-Shock dari China (contact supplier). Tapi barang copy. Mungkin saya tiada hati sebab barang copy, jadi saya off macam tu je. Sales pun slow. Barang ada lagi di rumah. Siapa nak tu saya boleh tolak je murah-murah harga ibarat jatuh tersadai tergolek semua lah! PM je🤞🏻

Daripada seorang Structure Design Engineer, saya bertukar ke bidang IT. Kerja hanya waktu pejabat, saya ada banyak masa lapang lepas kerja. Benda ini buat saya rasa tak senang duduk. Sebab bila saya lapang, saya belanja. Big Problem. 

Jadi saya berniaga lunchbox pula dengan partner saya. Sambutan bagus. Tapi penat. Team kecil. Susah nak ke hadapan. Saya hold dulu. Saya nak atur balik strategi. Saya yakin bisnes ini antara yang akan menaikkan saya nanti. InsyaAllah. Sangka baik dengan Sang Pencipta. 

Cuma sudah lama saya perasan 2 kelemahan saya dalam bisnes.

 First, marketing. Saya tak pandai menulis. Saya tengok ramai rakan saya jual insurans, mereka pandai menulis. Dari situ saya tahu ilmu Sales ini penting! Tapi saya tak minat insurans. Sebab saya tak pandai kira-kira sangat. Serabut. 

Tapi saya nak skill buat sales. So? Saya join Cuckoo! Sebab apa? Sebab Cuckoo sangat straight-forward. Jelas. Clear. Ini satu perubahan besar dalam hidup saya. Tapi masih baru dalam ni. Cuma saya boleh nampak the nature of Cukcoo’s business. InsyaAllah, dengan bantuan semua pihak, saya boleh jadi pioneer dalam Cuckoo! Amin!

Kelemahan kedua, Networking. Saya ini ada satu tabiat yang kurang positif dalam meningkatkan networking yang luas & hebat. Jenis saya, hanya suka bergaul dengan kaki bola, kaki futsal. Tapi tak bermaksud saya sombong dengan orang yang ber hobi selain bola. Saya baik dengan semua orang. Tapi, saya tidak lepak dengan orang yang bukan se hobi dengan saya. Saya tak boleh “masuk”. 

Tapi itu dulu. Sekarang, saya sudah aktif berjumpa & berhubung dengan semua jenis masyarakat. Terutamanya kawan-kawan saya dahulu di sekolah. Apa pun hobi mereka, siapa pun mereka, saya beranikan diri menghadapi cara mereka bergaul. Cuba memahami & mencari lawak jenaka mereka. Saya ketawa. Saya gembira sebab saya banyak berubah dengan Cuckoo. Pergaulan saya jadi lebih versatile. Jadi lebih natural. Alhamdulillah.

Ada 3 benda yang saya nak capai dalam masa terdekat:

1. Passive income
2. Skill buat sales
3. Produk sendiri

Saya tahu susah. Saya faham sangat. Kalau ikutkan nak, semua kita nak. Tapi saya usaha. Bila saya gagal, saya anggap saya masih berjaya. Cuma bukan masa. Tapi kalau saya tidak usaha, mana saya tahu setakat mana potensi diri saya? 

Conclusion?

For me, tiada alasan untuk kita yang masih muda untuk berpuas hati dengan kedudukan kita sekarang. Jom rebut rezeki Allah. Masih banyak yang kita kena petik! Usaha saja. Selebihnya doa & tawakkal. Selagi boleh buat duit dan halal, kita on. Saya kena kerja keras sebab saya ada hutang. Saya tidak lupa budi orang lain. Terima kasih.

Maafkan saya tulis panjang. This is more for me than my audience. Supaya saya ingat dan konsisten. Sebab saya ini cepat bosan. If I don’t get motivated, I will quit easily. So, I decided to motivate myself. 

*Iku ialah panggilan saya di Jepun.

Comments

Popular posts from this blog

JEPUN MINUM AIR PAIP?🕊

𝐓𝐀𝐊 𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐉𝐀𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒? 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐈

Cuckoo: Modul Bisnes Tanpa Modal Terbaik!