Itβs Snowboard Oβ Clock! π
Duduk Hokkaido (εζ΅·ι), Japan ini faham-faham lah setengah tahun kena selimut dengan salji βοΈ! Tengah bulan November, mula lah salji turun. Orang Jepun panggil salji first yang turun pada tahun tu Hatsu-yuki (ειͺ). Sumpah cantik gila!! Perasaan excited tu tak boleh selindung bila snow mula turun. Jakun gila π
Tapi yang tak best nya, kat Hokkaido ini panjang sangat tempoh bersalji nya. 6 bulan boskuπ€¦π»ββοΈ. Jadi, memang betul-betul jiwa kena kental, iman kena kuat, hati kena tabah, badan kena gagah. Memang best sangat, tapi sejuk sangat π₯Ά! Kalau peak tu time hujung bulan Disember, awal bulan Januari, suhu boleh drop sampai -28 degree celcius! Jadi yang plan nak travel Hokkaido, sila sediakan pakaian tebal-tebal ya. Jangan nak acah sado pulak kat siniπ€
Memang jadi lumrah apabila tinggal di βWinter Countryβ yang bergunung-ganang seperti Hokkaido ni, sukan utama kalau tak ski, mesti snowboard. Yang penting ada kaitan dengan salji atau pun ais. Tak kisah lah snow slide pakai besen ke huhu. Kalau kat Malaysia kita main yang duduk atas pelepah kelapa dan member akan tarik. Kena member jenis dajal, memang habis lah di dajal kan kitaπ€.
So, dipendekkan cerita. Sebab masa first winter di sini, tahun 2012 , senior-senior universiti ajak main snowboard jadi saya pun turut sama lah terjebak dengan snowboard ni. Mula-mula sangat awkward. Nak berdiri atas board pun tak mampuπͺ. So turun lah slow-slow sambil dipegang oleh senpai (senior). Huhu. Malu ada jugak tapi sebab nak belajar punya pasal, saya campak jauh malu tu. First day main snowboard ni, memang lah tak boleh datang minat dalam diri tu. Sebab benda ni susah nak master. Mungkin ada orang yang cepat, tapi saya jenis tak pandai game yang kena stabilkan badan macam roller blade, skateboarding dan surfing.
Tapi lama kelamaan bila duk layan ajakan senpai-senpai ni, minat kat snowboard pun datang. Sebab sekarang dah makin fasih! Memang best dan jadi ketagih woooπ€€
Mula-mula belajar brek, lepas tu belajar slide daun, then baru boleh buat βSβ! Sekarang saya boleh slide laju sambil buat βSβ. Tapi skill-skill tu belum pandai lah. Baru nak serius main snowboard tapi saya dah graduate. So, balik ke negara tercinta dahulu. π²πΎ
InsyaAllah hujung tahun ini saya akan ke Hokkaido bersama isteri tersayang. Dia pun nak main snowboard! Nasib baik saya bawa balik siap-siap peralatan snowboard saya. Baju & seluar 2 pasang, kasut, snow cap, neck warmer & goggle. Harap dia tak power daripada saya.
Malu bosku!
If nak sewa pinjam barang snowboard saya sebab ada plan nak pergi main ski atau snowboard di luar negara, boleh lah contact saya! Saya boleh bagi sewa ya. Kalau sewa dekat Ski Park, mahal lah jawab nya.
Saya paste link whatsapp saya kat bawah.
Nak selit sikit, if korang nak ada side income, tanpa modal, jom join bisnes bersama Cuckoo. Sebulan boleh jana sehingga RM5000++!
Berminat? Boleh lawati FB saya: https://www.facebook.com/mrikhwan.abdullah
Atau terus whatsapp saya: http://www.wasap.my/601133799218
Okay, sekian sahaja untuk posting ni. Thanks baca guys!
Comments
Post a Comment