Siapa Aku Tanpa MakπΉ
Assalamualaikum, di posting kali ini, saya nak share sikit tentang susah payah, duka yang saya alami semasa zaman universiti.
Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Kitami Institute of Technology, Hokkaido, Japan. Oleh kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya baik, saya mendapat biasiswa penuh tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil ijazah sarjana muda di luar negara.
Saya yang dari umur 12 tahun, darjah 6 lagi bercita-cita ingin belajar & tinggal di Jepun. Tanpa fikir panjang saya memilih negara Jepun.
Antara sebab kenapa saya memilih Jepun ialah sebab saya ingin fasih berbahasa Jepun itu sendiri. Saya memang minat bahasa. Saya suka menjadi orang yang boleh bercakap banyak bahasa. Saya dari kecil lagi minat Bahasa Inggeris. Naik sekolah menengah, saya belajar dan minat sangat Bahasa Arab. Jadi sekarang Alhamdulillah, saya sudah boleh bertutur 4 bahasa. Melayu, English, Arab & Jepun.
Okay, saya nak cerita sikit tentang susah payah saya belajar di Jepun sepanjang di zaman universiti.
Pada permulaan saya masuk ke alam universiti, semua nya smooth dan okay sahaja. Saya sangat happy belajar dalam bidang yang saya mahir. Walaupun saya pada ketika itu malas & banyak main-main, saya masih boleh mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Sampailah ketika saya masuk Tahun 2, Semester 4. Subjek yang sangat saya gemar, Machine Design Drawing, di mana student kena melukis secara lukisan kejuruteraan untuk machine yang ukuran nya berbeza untuk setiap orang. Maksudnya, tidak ada 2 orang akan ada lukisan yang sama. Kelas ini sangatlah best & fun walaupun prof pada ketika itu, Sugawara-sensei bukan lah seorang yang mesra foreigner. Saya ini orang Malaysia. Bukan orang Jepun. Setiap kali saya bertanya, sensei hanya menjawab acuh tak acuh. Ini menyebabkan saya banyak berdikari dalam kelas ini. Alhamdulillah, kawan-kawan Jepun saya sangat banyak membantu saya.
Dipendekkan cerita, lukisan ini wajib dihantar pada hari Isnin minggu depan nya. Hari ini hari Jumaat. Selepas Sugawara-sensei buat final check lukisan saya, ada sedikit lagi correction saya kena buat. Tapi sempat buat time weekend. Sikit sahaja. Dalam
Jam 6:30 petang (ketika itu sudah gelap sebab musim sejuk malam awal), saya & senpai saya, Izat-san, kami berdua pergi ke cafe universiti untuk makan sebelum masuk shift kerja part time.
Ketika itu, saya tinggal kejap bag & lukisan saya di atas meja makan & pergi beratur beli makanan di kaunter. After dapat makanan, saya beli saba-yaki, miso-shiru & nasi putih, time nak duduk di meja yang kami letak bag & lukisan tadi, saya dapati lukisan saya tiada di situ! Isnin ni dah nak kena submit. Semester hanya tinggal seminggu sahaja lagi.
Saya pun apa lagi, macam orang gila mencari lukisan saya dalam kafe yang luas tu. Saya mengejar cleaner cafe & staff cafe, bertanya pada mereka. Semua turut tolong mencari tapi hampa. Lukisan saya memang hilang. Saya yakin ada tangan yang mencuri.
Sedih gila waktu tu, Allah saja yang tahu. Untuk pengetahuan, subjek ini ialah subjek wajib lulus untuk naik ke tahun akhir pengajian, Tahun 4.
Cari punya cari satu campus pun tak jumpa, saya buat keputusan untuk jumpa Sugawara-sensei pada hari Isnin. Dalam hati sudah yakin sensei tidak akan kompromi. Ya! Memang betul. Rayuan saya untuk diberi peluang menyiapkan lukisan sepanjang Spring Holiday, ditolak macam itu sahaja. Jadi dengan rasminya, saya telah diwajibkan menambah 1 tahun pengajian saya.
Waktu berita ini saya dapat tahu, berat sangat hati untuk inform family akan hal ini. Saya sudah hilang semangat untuk belajar lagi. Seakan-akan saya rasa diri saya tak akan berjaya.
Saya terus call mak saya di Terengganu. Mak saya bagi kata semangat sebab mak saya tahu saya perlukan sokongan. Mak saya ini Fighter. Mak pun menghadapi halangan waktu universiti dahulu. Tapi mak mampu hadapi sampai berjaya graduate! Hebat mak saya.
So, semangat saya untuk lebih gigih belajar kembali. Walaupun saya tahu saya harus extend 1 tahun lagi, saya ambil ujian ini dari sudut positif. Mungkin Allah nak bagi saya peluang tinggal lebih lama di negara matahari terbit ni kan?
Jadi start tu, saya atur plan saya di Jepun. Memang di tahun terakhir, saya banyak pergi berjalan serata Jepun. Best gila! Tambah lagi saya tinggal di Hokkaido. Winter country orang cakap. 6 bulan bersalji. Memang sukan utama saya di Hokkaido ialah snowboarding, dan memang sudah jadi hobi di musim sejuk.
Seronok memang seronok, tapi, bila extend ni, JPA telah memberhentikan 100% biasiswa tanggungan di tahun akhir saya. Maksudnya, saya kena bayar sendiri yuran pengajian & yuran di Jepun sangat mahal. 1 tahun dalam RM23000!
Mana saya nak cari duit? Di posting lain saya akan cerita.
Yang penting, mak lah yang mendorong saya kuat hadapi semua ini. Hebat seorang insan bernama ibu. Kata-kata dia sudah mampu buat anak lelaki menghadapi apa yang pada awalnya nampak mustahil.
Akhirnya pada 17 Mac 2017, saya berjaya menamatkan pelajaran! Mak lah orang pertama saya ucapkan terima kasih. Mak lah orang yang paling gembira pada hari itu.
I love you so much. Hargai mak kita.
Hilang mereka tiada ganti, patah mereka tiada tumbuh. Masa ada, kita jaga. Hati sendiri terluka, bukan lama. Hati mereka terluka, padahnya neraka.
Sekian sahaja untuk posting ini dari saya!
Comments
Post a Comment