Posts

Showing posts from May, 2019

Cuckoo: Selam Nak Minum Air, Tapi Jumpa Emas!

Image
“Tapi aku kerja office hour bro” “Saya kerja nurse kadang shift tak menentu” “Aku busy la gila jual goreng pisang!” “Hmm.. saya student la abang, kena fokus belajar” Memang biasa dah saya dapat komen-komen seperti di atas ni.  Saya approach tuan sebab saya nak share keuntungan dan peluang yang ada dalam Cuckoo ini. Bukan saya nak mengganggu atau membazir masa tuan. Saya cakap dengan tuan yang tak buahkan hasil pun suatu bentuk pembaziran masa buat saya. Meaning, saya pun invest masa untuk bercakap dengan tuan. Okay, berbicara tentang Cuckoo - Modul Bisnes Selam Nak Minum Air Jumpa Emas. 💎  Panjang kan saya buat gambaran bisnes Cuckoo! Tapi maksudnya dalam. Yes! Orang join Cuckoo sebab nak buat side income, tapi tanpa sedar dapat satu bukaan peluang kerja yang sangat menguntungkan! Silap-silap tuan boleh jadi Top Salary Earner dalam circle tuan (family & friends). Mana tak nya, tengok lah plan insentif dari Cuckoo.  💰Jual 1 ...

Cuckoo: Modul Bisnes Tanpa Modal Terbaik!

Image
Assalamualaikum. Hai pembaca semua! Tanggal 20 Mac 2019, dengan rasminya saya menjadi ahli keluarga BESAR & HEBAT Cuckoo! Tepuk lah sikit😁 Saya berdaftar dengan ID NE074524. NE tu maksud nya Natural Ejen. Macam mana jumpa Cuckoo? Okay, untuk pengetahuan semua, saya bekerja di sebuah syarikat IT di Cyberjaya. Maksudnya saya mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Gaji saya boleh tahan lah untuk menyara keluarga. Tapi, saya still rasa tak puas hati dengan pendapatan saya sebab saya suka berbelanja. Oh! Lupa nak bagitau, saya selamat melangsungkan pernikahan dengan bidadari saya pada 22/12/2018. Tak dinafikan ini hari yang paling istimewa buat kami! Tapi, dengan majlis kedua belah pihak, menelan belanja yang agak besar. Tambah pula isteri saya pregnant, Alhamdulillah rezeki kami awal. Jadi untuk saya membuat persiapan untuk kelahiran anak yang dinanti, saya berfikir macam-macam cara. Saya ada join dropship barang pakaian perempuan. Untuk buat tu, saya kena bayar seba...

I Want To Run Fast!

Image
“Eleh, sekejap je kau buat Cuckoo. Bukan ada masa depan pun!” Mana tak down bro bila kenalan rapat, family sendiri cakap macam ni. Gelap dunia sekejap. Takpe. Biarkan. Maafkan saja.  Kita kongsi warna mata tapi bukan warna hati. Itu kata Malique.  Kata saya, bila mata mereka nampak result saya yang positif, mungkin masa tu hati dia berubah warna. Kita doakan yang baik saja. Labur Masa Untuk Benda Positif. Ya, memang susah nak bagi masa dengan sesi belajar, mini class, coaching dan lain-lain pada hari Sabtu. Baik rehat sambung tidur kat rumah. Tambah lagi Isnin-Jumaat kerja di ofis. Tapi, kalau masa pun kita tak sudi labur, jangan harap kita bole ke depan! Alhamdulillah, hari ini saya dan wife, Siti Hajjar Bt Ahmad luang kan masa untuk jumpa team leader Gerilla Cuckoo, Wan Ahmad Fadhil.  Ada apa dengan beliau? Knowledge and Experience. A very inspiring leader, I would say. Gerak kerja yang sistematik yang beliau praktik kan itu da...

Passion Is What Drive You To Success! 🔥

Image
Tadi dapat phone call dari sifu/manager saya.  Memang perbualan yang tidak dirancang sebab beliau hanya ingin bertanyakan tentang perkembangan saya sahaja. Tapi tak sedar pulak perbualan kami dragged up to 36 minutes. Cakap phone dengan wife pun tak lama camtu 😂  Sebab nya, banyak ilmu saya dapat dari phone call session tadi sahaja.  Saya tulis sedikit nota tentang skrip untuk bercakap time ‘RAMBO’ sebab saya akan mulakan teknik ni esok hari insyaAllah. Doakan saya! Now bila fikir balik, saya sedar sebenarnya selalu jadi student.  Tadika Yayasan Islam ➡️ Sek. Keb. Chukai ➡️ SMKA Sheikh Abdul Malek ➡️ Universiti Malaya ➡️ Kitami Institute of Technology, Japan 🇯🇵  Tapi bukan lah maksudnya saya student yang bagus. Saya malas. Kawan rapat saya tahu saya macam mana. Cuma, sudah lama saya tak dapat ilmu yang buat saya rasa TERUJA. Cuckoo buat saya rasa bagai nak melonjak.  It’s a PASSION. Overall, nak banding diri sendiri dengan orang yang suda...

Cuckoo - Let’s Make It Possible! 🔥

Image
Adversity Quotient-The 3rd Alternative. Imbas balik event gempak Cuckoo, Let’s Make It Possible Ahad lepas, the first speaker is CEO sendiri, Mr. Hoe.  Beliau bagi a very strong message tentang prinsip Cuckoo: The 3rd Alternatif - Everyone wins. Dalam bisnes sekarang, customer makin bijak membeli. Kalau rasa rugi, confirm orang tak kan beli.  That’s why model bisnes 1st alternative, I win sudah tak relevant. Konsep hanya bisnesman yang menang tidak akan memajukan syarikat. Second Alternative, You win. Konsep ni saya terjemahkan sama seperti konsep bisnes yang kita boleh katakan dah berhabuk: Customer is always right. Dunia sekarang dah tak pakai model bisnes ni. Jepun saja antara negara yang sangat teguh berpegang dengan moto ni.  Jadi, Cuckoo tak ketinggalan dalam merangka konsep bisnes yang sangat menguntungkan syarikat, juga customer. You win, I win.  Conclusion? With Cuckoo brand, everyone wins. Tak percaya? Boleh check ...

Kapten Keluarga Kaki Rokok 🚬

Image
31 MAY 2019 - WORLD NO TOBACCO DAY Percaya atau tak, rokok adalah satu-satunya produk yang membunuh separuh dari pengguna nya. Saya yakin di luar sana ramai isteri & anak-anak tersiksa dengan tabiat merokok tegar kapten kapal keluarga sendiri.  Kesian pula golongan lemah terpaksa tanggung toksik racun bawakan pemimpin mereka.  Anak-anak membesar dalam kepulan asap. Kalau jin kita faham lah suka makan asap kemenyan. Tapi ini anak manusia, they need to grow up in a healthy environment. Usia belum setahun, sakit sana sini. Bila dikaji punca? Ayah perokok tegar.  Depan isteri depan anak,  dalam kereta hembus asap.  Sudah tahu hobi makan rokok bakar diri, Takyah heret yang tersayang masuk lubang sekali. Non-smoker yang dapat bahana second smoke ini lah yang sangat dibimbangi. Heart disease, asma, sesak nafas. There is high chance they can get all these diseases.  Jaga keluarga kita. Invest duit untuk benda yang ...

TABUNG MASJID TINGKAT EKONOMI UMAT🕌

Image
Tengah sedap dengar khutbah Jumaat hari ini tentang Ramadhan yang bakal tiba, sampai depan saya tabung kebajikan bergerak untuk masjid.   Saya tak masukkan duit sebab saya takde cash tadi. Tak ingat nak withdraw. Tapi orang selepas saya dia masukkan RM5, lepas beliau pun sama RM5.  Situasi ni bukan berlaku minggu ni je, semua orang tahu ini rutin mingguan masjid. Bahkan orang yang pergi masjid hari-hari pun ada bagi sumbangan. Boleh dikatakan sumbangan pada masjid 24/7.  Situasi ni buatkan saya terfikir. Dari dulu lagi sebenarnya. Dengan sumbangan yang macam ni pada setiap masjid, masakan umat Islam di negara ini boleh jatuh fakir miskin papa kedana?  Tak mungkin.  Jujurnya, saya tak tahu secara menyeluruh penggunaan duit sumbangan masjid. Cuma untuk bayar bil, selenggara dan sebagainya itu je lah.  Dan most of the time sumbangan digunakan untuk buat program keagamaan, ceramah, majlis berbuka puasa dan kadang-kadang untuk bina...

Berniaga Tapi Rela Rugi?

Image
Kebelakangan ini, ramai mahu cuba bisnes. Ramai usahawan muda terlahir. Ekonomi tak menentu. Jadi semua mahu cuba tuah dalam bisnes. Bisnes kita bina secara slow-slow. Cepat naik, cepat jatuh.  Fenomena yang dapat kita lihat ialah: Buang harga kaw-kaw! 💸Ambil stok RM 80, jual RM 90 - “Okay lah tu, untung sepuluh ringgit” Padahal drive 2 jam dari Shah Alam sampai Melaka. Semata-mata ambil stok. Isi minyak kuning RM 50, tol lagi busuk-busuk RM 40 ulang alik. Tak kira lagi tol kecik-kecik rentas daerah.  Belum kira soal tenaga, makan minum sepanjang perjalanan lagi.  Untung RM10 kau cakap okay?🤦🏻‍♂️ 📸Beli kamera siap full set dengan aksesori semua. Pergi kelas bayar RM1k belajar photoshoot untuk wedding dan lain-lain.  Pakej harga kau? RM900. Job memang masuk, tapi mana dana kau untuk invest dalam marketing, invest untuk pergi kelas level lebih tinggi? Kualiti gambar takat tu saja nanti. 🥨Modal buat kuih RM 8 satu balang, jua...

Fall 7 Times, Get Up 8! 七転び八起き💪

Image
“Mu menganggur ke iku?Nampak dari dulu je meniaga?” Saya kerja bro. Kerja tetap di kantor 8-5. Stay Shah Alam kerja di Cyberjaya. Bonceng Laici biru hari-hari ulang-alik naik MEX sebab sebelum pergi Cyberjaya, hantar wife dulu ke Damansara (tempat kerja dia). Saya spend masa atas motor pergi dan balik lebih dua jam. Tapi saya tak boleh duduk diam. Hati ni tak tenang selagi jalan untuk saya capai apa yang saya nak belum terbuka. Saya nak tolong orang. Saya nak orang kita hebat. Tapi saya belum hebat. Cuma saya pasti saya di landasan yang betul.  Saya ada impian. Impian saya BESAR. Bukan takat banyak duit, bukan hanya nak rumah besar, kereta mewah. Itu semua orang bole capai. I want to set example. I want to educate people. That’s my biggest dream. Di Jepun 5 Tahun 🇯🇵  Dulu masa tahun terakhir di universiti, saya mula meniaga secara serius. Dalam masa yang sama, saya buat banyak kerja part time (アルバイト). Kitchen staff di Mister Donut, operator di kilan...

Nak Buat Duit? Ini 5 Cara!

Image
5 Cara Buat Duit Untuk Surirumah, Student & Penganggur. Memang best jadi orang-orang yang saya mention di atas kan.  Tak payah bersiap pergi kerja. Tak terikat dengan waktu pejabat. Tak sakit telinga dengar bos berleter. Tapi keburukan nya duit tak masuk dalam poket lah.  Surirumah nak beli baju raya, suami bayarkan. Nak minta lebih, kesian kat husband pulak. Penganggur lagi lah, umur sudah meningkat tapi masih minta duit mak ayah. Malu bosku.  Student nak beli barang yang lebih bajet sikit dah tak boleh. Tiap bulan minta mak ayah abang kakak tak best juga kan? 💰So, meh saya share sikit tips untuk buat duit walaupun anda tidak bekerja tetap! 1. Buat kerja part time - kerja McD, jaga kiosk etc. 2. Jadi dropship agent - banyak yang ada yuran. 3. Start bisnes online - nak maju, invest marketing kena kaw-kaw! 4. Jadi tutor - kena allocate masa untuk jumpa student. 5. Grab, Foodpanda dan lain-lain - saya pernah jadi Grab Driver. Bo...

Game Up 皆さん!

Image
Team kita harus *Game-Up!* Saya percaya kita sudah kenalkan diri sebagai NE kat public. Now, it’s time for us to be serious dalam Cuckoo. 😁 Ada orang buat setahun baru boleh dapat 5 nett sales. Ada yang buat 10 bulan dapat 10 nett. Ada yang 6 bulan buat asyik tak capai target. Ada yang hebat, 3 bulan boleh buat 60 nett sales! Memang bergantung pada rezeki, tapi ingat. Rezeki mengikut apa yang kita usahakan.  Yang penting ialah, terus buat. Jangan STOP. Sebab bila kita buat, kita akan jumpa sistem kita. Dari situ, kita plan strategy kita.  Bad things if well-planned will turn out well. Apatah lagi if kita yang jual Cuckoo yang menjadi keperluan pada kehidupan masa kini yang makin sibuk kan? InsyaAllah, Allah bukakan jalan untuk kita. Terus yakin! Okay, done membebel.  Nak share tips sikit sebenarnya. Sebab platform kita menjual ialah di FB, IG etc. So kita ada 24/7 untuk buka kedai kita! Hebat betul kan media sosial sekarang ni. Jom ki...

It’s Snowboard O’ Clock! 🏂

Image
Duduk Hokkaido (北海道), Japan ini faham-faham lah setengah tahun kena selimut dengan salji ⛄️! Tengah bulan November, mula lah salji turun. Orang Jepun panggil salji first yang turun pada tahun tu Hatsu-yuki (初雪). Sumpah cantik gila!! Perasaan excited tu tak boleh selindung bila snow mula turun. Jakun gila 😂 Tapi yang tak best nya, kat Hokkaido ini panjang sangat tempoh bersalji nya. 6 bulan bosku🤦🏻‍♂️. Jadi, memang betul-betul jiwa kena kental, iman kena kuat, hati kena tabah, badan kena gagah. Memang best sangat, tapi sejuk sangat 🥶! Kalau peak tu time hujung bulan Disember, awal bulan Januari, suhu boleh drop sampai -28 degree celcius! Jadi yang plan nak travel Hokkaido, sila sediakan pakaian tebal-tebal ya. Jangan nak acah sado pulak kat sini🤭 Okay, jom cerita pasal snowboarding 🏂 Memang jadi lumrah apabila tinggal di “Winter Country” yang bergunung-ganang seperti Hokkaido ni, sukan utama kalau tak ski, mesti snowboard. Yang penting ada kaitan dengan salji ...

Siapa Aku Tanpa Mak🌹

Image
Assalamualaikum, di posting kali ini, saya nak share sikit tentang susah payah, duka yang saya alami semasa zaman universiti. Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Kitami Institute of Technology, Hokkaido, Japan. Oleh kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya baik, saya mendapat biasiswa penuh tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil ijazah sarjana muda di luar negara.  Saya yang dari umur 12 tahun, darjah 6 lagi bercita-cita ingin belajar & tinggal di Jepun. Tanpa fikir panjang saya memilih negara Jepun.  Antara sebab kenapa saya memilih Jepun ialah sebab saya ingin fasih berbahasa Jepun itu sendiri. Saya memang minat bahasa. Saya suka menjadi orang yang boleh bercakap banyak bahasa. Saya dari kecil lagi minat Bahasa Inggeris. Naik sekolah menengah, saya belajar dan minat sangat Bahasa Arab. Jadi sekarang Alhamdulillah, saya sudah boleh bertutur 4 bahasa. Melayu, English, Arab & Jepun.  Okay...